Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AES: “Sejak Dalam Kerajaan,...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia,...

Koperal Polis Tumbuk, Tampar...

KUALA LUMPUR - Perbuatan suami mencederakan isteri tidak boleh dipandang remeh kerana ia...

Juruterbang Air India Gagal...

MUMBAI - Seorang juruterbang kanan yang juga pengarah operasi Air India dilarang menerbangkan...

Misteri Mahathir Jadi ‘Bisu’...

ALKISAH Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian mega dialami Bank Negara Malaysia...

Menarik Hujah Shafee Kepada Panel Hakim Petang Ini

DS Najib Razak dituduh menerima RM42 juta ke dalam akaun beliau dari #SRC kononnya sebagai upah meluluskan pinjaman RM4 billion daripada KWAP kepada SRC.

Itulah kes yang dibawa oleh pendakwaraya terhadap DS Najib.

Dalam kes rasuah, mestilah ada pihak yang berjanji untuk memberi dan penerima kata TS Shafee. Saya ringkaskan dalam bentuk point agar mudah untuk kita fahami.

1. Mengapa Najib perlu bersusah payah membantu mendapatkan pinjaman RM4 billion dari KWAP untuk SRC, dan kemudian mendapat habuan daripada jumlah itu iaitu RM42 juta hanya setelah 3 tahun setengah kemudian.

2. Adalah tidak logik dalam sesebuah kes rasuah, RM4 billion dihantar ke luar negara, kemudian DS Najib Razak meminta membawa kembali RM42 juta dan dimasukkan kedalam akaun peribadinya.

3. RM42 juta adalah sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan jumlah RM4 billion. Kalau nak merompak kenapa jumlahnya sangat sedikit?

4. Didalam kes rasuah, mestilah pelaku mempunyai personal benefit atau interest, tetapi pendakwaraya tidak dapat membuktikan Najib mempunyai personal interest dalam kes ini.

5. Pasukan pendakwaan turut gagal membuktikan bahawa Najib mengarahkan duit RM42 juta dimasukkan ke dalam akaunnya atau pihak mana yang mengarahkan perkara ini.


6. Pengakuan BOD SRC, Dato Suboh yang menyatakan tandatangan beliau mungkin telah dipalsukan oleh Nik Faisal mengenai pemimdahan wang dari SRC ke anak syarikat SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

7. Tiada siapa dapat mengesahkan siapa yang mengarahkan agar wang dari Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd di masukkan ke dalam akaun DS Najib.

Dalam semua transaksi ini, mestilah duit keluar masuk mendapat kelulusan authorized person syarikat, tidak mungkin ia dilakukan tanpa arahan sesiapa.

Menariknya sehingga hari ini, perkara-perkara ini tidak mampu dibuktikan oleh pendakwaraya.

Rf Lias
Putrajaya

Kategori