Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Tentera Kita Pun Boleh…

SELEPAS menjadi fenomena di Switzerland, Singapura dan beberapa negara lain, anggota keselamatan negara...

Malaysia Akan Hantar 380...

NEW YORK - Malaysia telah berjanji untuk menghantar 380 pegawai dan anggota polis...

Kerajaan Jamin Terus Bantu...

MIRI - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak akan terus dibantu dari...

BN Selangor, 10 NGO...

SHAH ALAM - Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor dan wakil 10 badan bukan...

Menarik… Aiskrim Emas Dijual Di Jepun, Harga Hanyalah…

SIAPA sangka, emas yang kebiasaannya dijadikan barangan perhiasan rupa-rupanya boleh dimakan.

Buktinya, pelbagai restoran mewah telah banyak menghasilkan pelbagai juadah berasaskan emas.

Antaranya, aiskrim dilapisi emas yang boleh dijumpa di negara Matahari Terbit iaitu Jepun.

Dek keistimewaan itu, sebuah restoran Kinkaku Soft Ice Cream di Daerah Kinkauji (Golden Pavilion) menerima ribuan pengunjung setiap tahun yang mahu mencuba aiskrim unik itu.

Difahamkan, pelanggan yang mahu membeli aiskrim bersalut emas ini sanggup beratur panjang demi merasai sendiri rasa pencuci mulut itu, lapor portal Roketnews.

Antara komen yang sering diberi pelancong ialah: ‘Aiskrimnya berkilauan’, ‘Apabila makan rasa seperti jadi kaya’, ‘Wajib ambil gambar’.

Menurut kenyataan di laman Kinkaku Soft Ice Cream, daun yang digunakan untuk menyaluti aiskrim itu adalah emas tulen.

Menarik... Aiskrim Emas Dijual Di Jepun, Harga Hanyalah...


Laman itu turut menerangkan tentang ‘kajian emas terhadap gelombang pada otak dan emosi’.

Emas tulen dikatakan boleh memberikan tenaga dan menguatkan bahagian kiri otak serta mengurangkan kesedihan setelah dimakan.

Selain itu, memakan emas tulen boleh menimbulkan rasa yang nyaman serta mempunyai kesan yang baik pada jantung.

Oleh itu, pelanggan tidak perlu rasa perlu khuatir tentang rasa emas tersebut kerana ianya tidak mempunyai sebarang rasa aneh.

Bagi yang ingin mencubanya, boleh dapatkan aiskrim ini dengan harga 950 yen (RM37.68). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori