Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agrofest Perak Pada Hari...

LUMUT - Penganjuran Agrofest Perak buat julung kalinya pada Hari Terbuka Armada di...

Lain Macam Betul PH...

SEBELUM dapat kuasa, macam-macam boleh dikomen dan dikritik, dan janji-janji kepada rakyat pun...

Speaker DUN Johor Kata...

JOHOR BAHRU - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat mengingatkan...

Selamatkan MAS Bukan Kejanggalan...

KUALA LUMPUR - Menyumbat kebocoran adalah antara langkah yang boleh menyelamatkan Malaysia Airlines...

Menara KL Raikan Pengunjung Bertuah Ke Sejuta

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur (KL) hari ini meraikan pengunjung bertuah ke sejuta bagi 2018 sebagai satu daripada inisiatif menggalakkan lebih ramai warga tempatan berkunjung ke menara telekomunikasi itu.

“Hari ini kita meraikan Mahani Ismail sebagai pengunjung bertuah kita yang ke sejuta bagi tahun 2018 dan ini inisiatif kami untuk memberi imbuhan dan penghargaan kepada pengunjung kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL Datuk Rozlan Mohamed.

“Dari tahun 1996 hingga 2017, kami menerima lebih 18 juta pengunjung dan hampir 80 peratus adalah pelancong asing dengan bilangan pengunjung tempatan menunjukkan penyusutan daripada 30 peratus pada 2017 kepada 20 peratus pada tahun ini. Kami harap dapat tingkatkan kembali jumlah pengunjung tempatan,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata Menara KL sedang mengadakan beberapa promosi, antaranya adalah promosi Gempak dari 24 Nov hingga 31 Dis, yang mana pembeli dua tiket ke Skydeck akan mendapat tiket percuma untuk empat orang.

Turut diadakan program pendidikan bersama pakar motivasi Amin Idris bagi pelajar-pelajar sekolah dengan harga berpatutan, katanya.


Sementara itu, Mahani, 49, yang mengucapkan syukur dan tidak menyangka akan menerima penghargaan itu, bertekad untuk datang lagi jika mempunyai kelapangan.

“Anak bongsu saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sini, dan kami pun kebetulan dari Pasir Gudang ke KL untuk menghantar anak kedua saya ke Universiti Islam Antarabangsa Gombak pagi tadi. Tak sangka saya akan jadi pengunjung ke sejuta hari ini,” katanya.

Mahani yang datang bersama suami dan tiga anak menerima wang tunai RM1,000, baucar makan malam di Restoran Berputar Atmosphere 360, tiket percuma ke Skydeck serta sejambak bunga. – BERNAMA

Kategori