Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mohamed Khaled Tawar Diri...

PETALING JAYA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan diri...

KKM Akan Saring COVID-19...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan ujian COVID-19 menggunakan persampelan air liur...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KOTA BHARU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat...

Kutipan Pecah Panggung, Mak...

KEJAYAAN pementasan teater Mak Cun melakar kutipan pecah panggung tahun lalu membuatkan ia...

Menantu Zahid Turut Diambil Keterangan Di SPRM

PUTRAJAYA – Menantu kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff turut diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Sumber SPRM memberitahu, Saiful Nizam yang merupakan suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid juga disoal siasat berhubung kes sama iaitu berkaitan penyelewengan dana sebuah yayasan.

“Memang benar, SPRM hari ini memanggil menantu Ahmad Zahid (Saiful Nizam) untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi.

Saiful Nizam merupakan individu terbaru yang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan dan dipercayai telah selesai diambil keterangan pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

Semalam, Nurulhidayah turut memberi keterangan dipercayai berhubung kes sama. – BERNAMA

Kategori