Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Belum Temui Bot...

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih belum menemui bot yang membawa...

Spritzer Tarik Balik Air...

Ekoran pendedahan dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), syarikat pengeluar air mineral, Spritzer...

Sewa Tapak Bazar Ramadan...

SEDAR tak sedar, kurang dari sebulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.Ramadan bukan sahaja...

UMP Rai Pengamal Media...

KUANTAN – Lebih 150 pengamal media Pahang menyertai program boling anjuran Universiti Malaysia...

Menangi Porche Macan Dalam Kempen Kad Ambank

KUALA LUMPUR – Kumpulan AmBank hari ini secara rasmi melancarkan kempen ‘Win A Porsche’, yang membolehkan pemegang kad kreditnya berpeluang memenangi hadiah utama, kereta mewah, Porsche Macan.

Kempen berkenaan terbuka kepada pemegang kad utama AmBank dan AmBank Islamic, kecuali pemegang kad debit, prabayar, korporat, komersial dan insurans.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata selain Porsche Macan sebagai hadiah utama, bank turut menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,000 kepada 150 pemenang terpilih sebagai hadiah saguhati sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Turut hadir pada pelancaran berkenaan ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, Pengarah Urusan (Perbankan Runcit) AmBank (M) Bhd., Jade Lee dan Ketua Kad dan Perkhidmatan Dagangnya, Lenon Cheong.

Kempen lima bulan itu, dianjurkan dengan kerjasama Zalora dan Lazada, bermula 1 Disember, 2017 hingga 30 April, 2018, di mana setiap perbelanjaan runcit bernilai RM50 dalam satu resit pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis) layak untuk mendapat satu penyertaan.

Setiap urus niaga perbelanjaan runcit bernilai RM50 pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) dan setiap perbelanjaan runcit dalam talian bernilai RM50 dalam satu resit pada mana-mana hari dalam seminggu, akan membolehkan pemegang kad memperoleh masing-masing, tiga dan lima penyertaan.


Untuk menyertai kempen ini, pemegang kad perlu mendaftar secara dalam talian melalui www.ambank.com.my/porsche atau menghantar SMS kepada 66300 (PORSCHEnombor kad pengenalan 12 digit).

Bagi pemegang kad yang baru diluluskan atau penambahan had kredit baru yang diluluskan semasa tempoh kempen berlangsung, akan didaftarkan secara automatik dan diberikan 10 penyertaan. – BERNAMA

Kategori