Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: ‘Badang’ Brazil Angkat...

MASIH ingat kisah popular zaman kanak-kanak dulu tentang Badang, seorang lelaki gagah yang mampu mengangkat...

Sultan Kelantan Berkenan Ziarahi...

KOTA BHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menziarahi Menteri Besar Kelantan...

Mimbar Masjid Kariah Nerasau...

REMBAU - Keunikan mimbar Masjid Kariah Nerasau di sini, yang kini mendekati usia...

Taliban Larang Wanita Teruskan...

KABUL: Taliban semalam melarang pelajar perempuan daripada meneruskan pendidikan universiti, berkuat kuasa serta-merta.Ikuti...

Menang RM1 Juta, Lok Heng Agih RM1k Setiap Keluarga

PUTRAJAYA: Kejayaan menggondol johan pertandingan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2017 (AKKF 2017) dengan menerima hadiah wang tunai RM1 juta, ketua Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Muhamad Bakar berkata RM1,000 akan diberi kepada setiap keluarga peneroka di situ.

Ditemui pada Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di sini pagi tadi, Muhamad berkata kejayaan mereka merangkul anugerah utama felda itu adalah hasil usaha peneroka itu sendiri yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan kampung mereka sentiasa terjaga dan bersih.

“Kejayaan bergantung pada peneroka itu sendiri di mana usaha-usaha ini peneroka yang buat saya cuma mengetuai sahaja. Kejayaan ini adalah kejayaan mereka semua.

“Salah satu sebab kita boleh jadi juara kerana penilaian pada tahun ini kita telah mengemukakan 10 transformasi dan juga 10 inovasi untuk pertandingan pada tahun 2017 ini dan saya rasa itu juga menyebabkan kami boleh jadi juara,” katanya ketika ditemui Mynewshub sebaik selesai majlis penyampaian hadiah di Dataran Putrajaya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri telah menyampaikan hadiah kemenangan sambil ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Selain RM1,000 akan diagihkan kepada setiap keluarga peneroka di felda tersebut, menurut Muhamad lagi, wang lebihan kemenangan itu akan diguna pakai untuk memperbaiki prasarana di Felda Lok Heng Selatan.


“Duit ini kita akan bagi setiap satu keluarga RM1,000 dalam bentuk tunai dan selebihnya kita akan perbaiki prasarana yang perlu di Felda Lok Heng Selatan,” ujarnya lagi.

Susulan kemenangan itu, Muhamad berharap pertandingan AKKF akan sentiasa diadakan pada setiap tahun agar setiap felda di seluruh negara akan sentiasa bersih, cantik dan indah di pandangan mata ramai selain ia dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung ke tanah-tanah rancangan felda bagi melihat sendiri keindahannya yang tersendiri.

“Saya harap pertandingan AKKF ini akan dapat berterusan selama mana felda ada kerana dengan adanya pertandingan AKKF ini lama-kelamaan kita akan dapat menjadikan seluruh kawasan felda itu cantik dan ceria,” katanya lagi.

Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2017 turut diserikan dengan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang telah berlangsung dari Jumaat lalu hingga hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori