Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Kurung Ibu Dalam...

COLOMBO - Atas maklumat awam, polis Sri Lanka berjaya menyelamatkan seorang warga emas...

Kerja Pembersihan Di Lokasi...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja membawa keluar bangkai helikopter yang terhempas di Semenyih, Selangor...

Siti Noor Raih Gangsa,...

RIO DE JANEIRO - Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat...

Kes Turun Bawah 3,000

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 turun bawah 3,000 dengan 2,342 kes hari ini,...

Memasak Bubur Asyura Jalin Perhubungan

KEMAMAN – Lebih 500 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu (SEBARU) di sini bersana penduduk kampung di sini telah bergotong-royong memasak bubur asyura, kelmarin.

Selain menyubur tradisi warisan dan pendedahan kepada kalangan generasi baharu, ia dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan masyarakat dengan semangat kekitaan.

Turut serta wakil-wakil dari rakan strategik sekolah seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SEBARU, Wan Norsuriya Wan Mokhtar berkata, buat kali pertama majlis sebegini turut melibatkan masyarakat sekitar.

“Pada tahun ini, kita telah bekerjasama dengan rakan strategik sekolah bagi menyiapkan 10 kawah bubur asyura untuk diagihkan kepada semua murid dan rakan strategik sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.


Menurut Wan Norsuriya, penglibatan golongan muda dalam program tersebut secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada mereka untuk mewarisi tradisi menyediakan bubur asyura tempatan ymempunyai resepi berbeza dengan negeri lain.

Sementara itu, Guru Besar SEBARU, Siti Mariam Mohd Zain, pihaknya merancang untuk meneruskan program tersebut pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE

Kategori