Tuesday, April 23, 2024

Creating liberating content

JKR Kaji Penggunaan Getah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan...

Fasiliti SUKMA 2020 Siap...

ISKANDAR PUTERI - Kesemua fasiliti Sukan Malaysia (SUKMA 2020) yang berada dalam fasa...

DAP Patut Diharamkan RoS...

GEORGE TOWN - Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd. Noor menegaskan parti...

Tiga Lelaki Disyaki Penculik...

SEMPORNA - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun akan mengadakan sidang akhbar...

Memali: Abdul Hadi Terima Permohonan Maaf Tun M

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima permohonan maaf Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang dianggap menghina mangsa tragedi Memali sebagai ‘mati katak’.

Menurut Abdul Hadi, beliau menganggap Pengerusi PPBM itu terlanjur dalam berkata-kata sehingga terdorong mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tun Mahathir bukan seorang dalam bidang agama jadi kena tanya orang dalam bidang agama. Kita sudah bermuzakarah sesama kita dan buat keputusan yang mangsa adalah para syuhada.

“Dia (Tun Mahathir) terlanjur kata dan saya sudah dengar kenyataan permohonan maaf dia dan kita menerimanya,” katanya ketika ditemui wartawan pada majlis Sembang Santai Bersama Ayoh Chik di Kuala Ibai, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hal itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana para ulama termasuk yang hidup pada masa itu sudah membuat keputusan bahawa mangsa adalah para syuhada dan urusan pengebumian mereka juga sudah dijalankan mengikut yang sepatutnya. – BERNAMA

Kategori