Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saham KL Rendah Pada...

KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini, seiring...

Tweetfamous Buat Troll Kenaikan...

KADAR baru tol selepas diumumkan kenaikannya sudah pun dilaksanakan berkuatkuasa hari ini.Sebanyak 18 tol...

256 Samseng Jalanan Ditahan

GEORGE TOWN - Seramai 256 'mat rempit' ditahan polis dalam operasi membanteras samseng...

Zoo Taiping & Night...

TAIPING - Zoo Taiping & Night Safari akan ditutup sementara waktu bagi membolehkan...

‘Melawan’ Sebab Jaga Maruah – Joy Revfa

USAHAWAN kosmetik dan isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa menegaskan tindakannya membidas kembali kata-kata lelaki itu di media sosial adalah kerana untuk melindungi maruah dirinya.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, mengakui terasa hati dengan kenyataan suaminya yang disifatkan olehnya sebagai tidak melindungi aib dalam rumah tangga mereka.

“Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai ‘ustaz penyanyi’, tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.

“Dia menghebahkan cerita tidak pernah ‘menyentuh’ isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.

“Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?” katanya kepada BH Online.

Pengasas kosmetik Merve itu juga berkata dia tidak tahu apa motif di sebalik kenyataan ‘menikam’ suaminya itu, lebih-lebih lagi di platform umum seperti media sosial.


Dakwa Joy, luahan rasa yang dimuat naik olehnya itu bersifat umum dan tidak berniat untuk ditujukan kepada sesiapa.

“Saya menulis Nukilan Hati di Facebook secara umum, yang sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa pun. Jadi, kenapa dia yang terasa?

“Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya,” katanya lagi.

Joy yang mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu diijabkabulkan dengan Hafiz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori