Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

DUN Terengganu Dibubar Sebelum...

Kuala Terengganu : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dilakukan sebelum tempoh...

Akibat Tamak, Lelaki Dibunuh...

China – Akibat tamak, seorang lelaki mati dalam keadaan ngeri dengan diracun dan...

Jerebu Cecah IPU 500...

BEIJING - Ibu negara China terus diselubungi kabus asap atau jerebu yang tebal...

2 Penyanyi Nasyid Nyanyi...

UNIK... Dua penyanyi nasyid Malaysia diberi peluang nyanyi lagu Tamil bertajuk Ullala dari Petta, iaitu...

Melaka Promosi Ikan Laga Kepada Masyarakat

MELAKA – Kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan Negeri Melaka bercadang mengadakan promosi dan pendidikan mengenai ikan laga di sekolah dan jabatan kerajaan di seluruh negeri ini.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata usaha tersebut adalah bagi meningkatkan industri ikan laga dan hiasan di negeri ini.

“Kita bercadang mengadakan kempen ‘Satu Sekolah, Satu Akuarium” di sekolah rendah dan menengah sebagai galakan kepada pelajar bagi mengetahui mengenai ikan laga.

“Selain itu, kita juga akan adakan kempen “Satu Jabatan, Satu Akuarium Ikan Laga”,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menjemput persatuan dan kelab ikan laga sedia ada untuk bersama-sama terlibat dalam usaha tersebut di samping menganjurkan pertandingan ikan laga bagi menarik minat orang ramai terhadap ikan hiasan tersebut.

Norhizam berkata tidak seperti ikan hiasan lain, ikan laga mudah dijaga dan melibatkan kos penjagaan yang rendah.


“Ikan laga juga boleh dijadikan penyeri di ruang tamu atau sebagai hiasan dalaman yang menarik,” katanya.

Beliau berkata pada 2017, penternak ikan laga di negeri ini berjaya menghasilkan 303,000 ikan berkenaan melibatkan nilai borong berjumlah RM136,623.43. – BERNAMA

Kategori