Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Telah Aku Tunaikan Bamm…”...

KUALA LUMPUR - “Telah aku tunaikan Bamm (Abam), walaupun hanya gurauan, kini menjadi...

Mayat Terbiar 2 Tahun...

MAINE (Amerika Syarikat) - Mayat seorang pesara guru muzik ditemui di rumahnya dua...

Mohamed Khaled Hanya Fokus...

JOHOR BAHRU - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan akan terus...

Gempa Bumi Nepal, Bayi...

ANGKA kematian mangsa gempa bumi di Nepal kini telah mencecah lebih lima ribu...

Melaka Kuat Kuasa Undang-Undang Pastikan Isu Libat Anjing Diatasi

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2013 di negeri ini bagi memastikan isu melibatkan anjing termasuk anjing terbiar dapat diatasi, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata pihak berkuasa tempatan di negeri ini menerima aduan yang agak tinggi berkaitan anjing liar atau terbiar iaitu hampir 500 aduan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding 742 aduan sepanjang tahun lepas.

Menurut beliau daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes aduan melibatkan kes orang digigit anjing dalam tempoh sama tahun ini berbanding 33 kes sepanjang tahun lepas.

“Banyak masalah berkaitan anjing ini berlaku terutama apabila haiwan berkenaan dibiar tanpa penjagaan yang betul dan ada antaranya apabila dewasa, diabaikan tuan mereka sehingga ada yang terbiar.

“Selain itu, isu bising, kebersihan seperti najis bersepah di kawasan terbuka, keselamatan penduduk setempat apabila haiwan berkenaan tidak diikat dan ada juga kes dikejar dan digigit anjing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) berhubung bilangan lesen memelihara anjing yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dan kajian semula larangan pemeliharaan anjing di rumah teres.

Tey berkata, sejak Januari hingga September lepas, sebanyak 2,785 lesen memelihara anjing dikeluarkan di Melaka iaitu 2,535 lesen di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah (102), Majlis Perbandaran Jasin (76) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (72).


Katanya pemeliharaan anjing di premis perumahan perlu memenuhi beberapa syarat untuk mendapatkan lesen termasuk mendapat persetujuan jiran.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata sebanyak 422 premis penginapan pelancongan berlesen di negeri ini dengan jumlah 17,759 bilik direkodkan untuk menampung kedatangan pelancong ke negeri itu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 322 premis direkodkan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (75) dan Jasin (25) dengan lima kategori penginapan iaitu hotel, resort, chalet, apartmen atau townstay atau guesthouse dan homestay,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Ghazale Mohamad (BN-Rim).

Dalam pada itu, Muhamad Jailani berkata sebanyak 453 premis penginapan pelancong itu dipamerkan di laman sesawang Bahagian Promosi Pelancongan negeri untuk rujukan pelancong dan namun hanya 422 buah mematuhi syarat operasi yang ditetapkan pihak berkuasa. – BERNAMA

Kategori