Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Dan Isteri Orang...

PASIR GUDANG - Seorang suami dan isteri orang dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh...

92 Ketua Bahagian UMNO...

PUTRAJAYA - Seramai 92 ketua-ketua bahagian UMNO dari seluruh negara menyatakan sokongan penuh...

Tindakan Akan Diambil Jika...

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemaju tapak pembinaan berhampiran sekiranya...

Kerajaan Pahang Wartakan 32...

KUANTAN - Kerajaan Pahang telah mewartakan 32 tapak warisan di seluruh negeri di...

Melaka Fokus Atasi Birokrasi Pelaburan – Ketua Menteri

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan memberi fokus terhadap isu birokrasi melibatkan sistem pentadbiran dan pengurusan, khususnya melibatkan aspek pelaburan, bermula tahun depan, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata ini bagi memudahkan pelabur asing dan tempatan melaksanakan projek masing-masing, termasuk aspek memendekkan masa menunggu kelulusan projek yang boleh menjejaskan perancangan pelabur, sekali gus memberi impak ke atas kos serta merugikan rakyat dan negeri.

Menurutnya maklumat yang diperoleh daripada pelabur mendapati urusan menunggu kelulusan projek di Melaka sebelum ini mengambil masa yang panjang, antaranya lebih tiga tahun berbanding negeri lain.

“Sistem pentadbiran dan pengurusan pada hari ini, khususnya melibatkan aspek pelaburan, akan ditambah baik kerana setiap pelaburan yang masuk, akan memberi kesan kepada semua pihak (termasuk) negeri, rakyat dan pelabur itu sendiri.

“Kelulusan bagi sesuatu pelaburan sehingga mengambil masa bertahun perlu dilihat semula agar ia dapat memberi manfaat termasuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerjaaan Negeri Melaka di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri dijangka memperoleh pelaburan kira-kira RM400 juta menerusi pelbagai perbincangan dan usaha yang dilakukan sejak Pakatan Harapan mentadbir kerajaan negeri pada Mei lepas.


Adly berkata karenah birokrasi juga perlu dikurangkan dalam urusan melibatkan rakyat kerana sistem sedia ada bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Untuk itu, ketua jabatan serta agensi kerajaan perlu jelas dengan matlamat kerajaan negeri ke arah membentuk satu sistem perkhidmtan yang tersusun dan memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

Sementara itu, Adly berkata bagi mengurangkan karenah birokrasi dalam urusan rakyat dan pelabur, beberapa pendekatan telah dilaksanakan, termasuk pemilikan harta di negeri ini tidak memerlukan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, sebaliknya oleh Pengarah Tanah dan Galian.

“Bagaimanapun kita di peringkat kerajaan negeri sentiasa memantau jumlah, bilangan dan siapa pemilik hartanah berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori