Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nelayan Indonesia Hilang Di...

SABAK BERNAM: Seorang nelayan warga Indonesia dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut di...

Johan As’ari Tak Nak...

PELAKON Johan As'ari mengakui dirinya tidak mahu terikut-ikut dengan trend artis ketika ini...

Zizie Terima RM2.2 Juta...

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa isteri Bung Moktar Radin, Zizie...

Kegagalan Capai 70 Emas...

NEW CLARK CITY - Kegagalan mencapai sasaran 70 emas pada Sukan SEA ke-30...

Melaka Perketat Prosedur Agihan Baja Percuma

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan memperketat prosedur pengagihan baja percuma kepada petani di seluruh negeri bagi memastikan ketelusan dan mengelakkan ketirisan dalam proses pengagihan baja.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri Norhizam Hassan Baktee berkata mulai tahun depan, proses agihan baja akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan ia dilaksanakan secara lebih telus dan adil.

“Kita akan meneruskan pelaksanaan pemberian baja percuma kepada golongan sasar dan menyalurkannya secara berperingkat kerana tidak mahu berlaku penyalahgunaan (bantuan) dalam kalangan petani.

“Kita akan teliti dan pastikan petani menerima subsidi berdasarkan bajet yang sudah diputuskan, baja yang dikeluarkan perlu ada tarikh serta dihabiskan dalam tempoh empat bulan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai kes serbuan baja disembunyikan di dalam stor atas tanah yang diceroboh, pada 30 Ogos lepas, Norhizam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu berkata ​​​​​​​individu tersebut telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 1(a) Kanun Tanah Negara 1965. – BERNAMA

Kategori