Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerman Akan Benarkan Rakyat...

BERLIN : Jerman merancang untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dalam kalangan...

Parlimen: RazakSat2 Masih Dalam...

KUALA LUMPUR - Projek satelit RazakSat2 masih dalam proses memilih rakan teknologi dan...

MBI Diminta Wujudkan Pasar...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta menimbang mewujudkan sebuah pasar pagi di...

Tindakan Tegas Jika Gagal...

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil ke atas syarikat telekomunikasi yang gagal...

Meghan Kongsi Kata-Kata Semangat Di Atas Pisang

MEGHAN Markle berkongsi kata-kata semangat ketika membuat lawatan di pusat kebajikan di Bristol.

Meghan dan suaminya Putera Harry membuat lawatan di One25 iaitu sebuah tempat penempatan bagi mangsa-mangsa keganasan, bekas pekerja seks dan juga bekas penagih.

Meghan yang bakal menyambut kelahiran bayi sulung tidak lama lagi berkongsi kata-kata semangat ‘You are strong, ‘You are special’, ‘You are brave,’ dan ‘You are loved’.

Beliau turut membantu menyediakan pek makanan untuk diagihkan kepada penghuni pusat itu.

“Sebenarnya, kamu ada ‘Sharpie’, pen? Saya ada idea – mesej.

“Saya terfikir ini pada hari lain. Saya ada melihat satu program disekolah seorang wanita memulakan program di States apabila dia menulis sesuatu di atas pisang, pengakuan atau sesuatu yang membuatkan kanak-kanak berasa berkuasa.

“Saya fikir itu satu idea yang luar biasa – melalui tindakan yang kecil.”


Pisang merupakan sesuatu bermakna buat pasangan itu selepas Meghan memuatnaik gambar dua biji pisang yang dilukis corak seperti ‘senyum’ di Instagramnya ketika mula bercinta pada tahun 2016.

The Duke dan Duchess Sussex itu turut berjumpa secara tertutup dengan bekas pekerja seks yang dibantu oleh One25.

Sam, 43, memberitahu Meghan dan Harry bagaimana dia dijadikan pelacur pada usia 14 tahun dan menjadi penagih dadah sehinggalah One25 membantunya keluar dari dunia gelap itu dan menjaga anak-anaknya. – metro.co.uk

Kategori