Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

ADUN Sungai Kandis Meninggal...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei,...

Syed Ibrahim Syed Noh...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu dilantik, Syed...

India Larang Kereta Pegawai...

NEW DELHI - Semua pegawai tinggi kerajaan India kehilangan hak untuk menembusi kesesakan...

HSA: PAS Minta Orang...

KUALA LUMPUR - PAS menyeru orang ramai supaya tidak mereka-reka cerita dan menyebarkan...

Mohaiyani Wanita Pertama Jadi Pengerusi Maybank

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Berhad (Maybank) mengumumkan Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah berkuat kuasa 31 Mac ini.

Sehubungan itu, Maybank memaklumkan jawatan Pengerusi akan diisi oleh seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah iaitu Datuk Mohaiyani Shamsudin yang sebelum ini ialah Pengerusi Maybank Investment Bank Berhad.

Kata Maybank, pelantikan tersebut sekali gus menjadikan Mohaiyani sebagai wanita pertama yang dilantik menjadi pengerusi kepada sebuah syarikat penyenaraian awam terbesar di negara ini.

Beliau turut pernah mencipta sejarah apabila muncul menjadi wanita yang pertama dipilih sebagai pengerusi unit pelaburan bank tersebut sejak 1 Mac 2016 menggantikan Megat Zaharuddin pada ketika itu.

“Megat Zaharuddin hari ini mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Maybank pada 31 Mac 2017 selepas kira-kira 12 tahun menjadi Ahli Lembaga Pengarah dan lebih tujuh tahun menjadi Pengerusi.

“Mohaiyani menjadi Ahli Lembaga Pengarah Maybank sejak 2011,” kata Maybank menerusi satu kenyataan media di sini hari ini. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Maybank Kim Eng Holdings Limited di Singapura.


Selain itu, Mohaiyani pernah dilantik sebagai Pengerusi Maybank Asset Management Group Berhad and Maybank Asset Management Sdn. Bhd.

Megat Zaharuddin yang dilantik sebagai Pengerusi Maybank pada 1 Oktober 2009 dalam kenyataan tersebut berkata, beliau meninggalkan Maybank dengan perasaan gembira.

Ini kerana bank berkenaan pada masa kini mempunyai keupayaan yang kuat untuk terus mencapai wawasannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori