Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pelakon Jazli Terlibat Kemalangan,...

PELAKON yang sering dijadikan inspirasi dalam penurunan berat badan, Jazli Hassan dilaporkan terbabit...

Azmin Mengaku Kerajaan Selangor...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui bahawa...

Ranking Peperiksaan Awam Sarawak...

KUCHING - Kedudukan Sarawak di ranking ke-13 berdasarkan purata kelulusan keseluruhan pelajar dalam...

Isu 2 Pendakwah Disekat,...

KETIKA umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terkejut dengan tindakan Singapura menyekat...

Gara-Gara Mee, Pelanggan Pancung Kepala Peniaga

AKIBAT bengang dengan harga makanan yang disediakan, seorang pelanggan bertindak nekad menyerang dan menyembelih kepala pemilik restoran di Wuhan, wilayah Hubei, China, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, suspek yang berusia 22 tahun dari wilayah Sichuan memesan tiga mangkuk mee sebelum pertengkaran tercetus dengan pemilik restoran yang didakwa mengenakan caj satu yuan (65 sen) bagi setiap mangkuk.

Difahamkan, harga yang dikenakan lebih mahal dan berlaku pertengkaran antara suspek dengan pemilik restoran berkenaan.

Portal South Morning China Post melaporkan, suspek menggunakan pisau dapur untuk menyembelih pemilik restoran berkenaan dan melemparkan kepala mangsa ke dalam tong sampah.

Mangsa yang berusia 42 tahun tinggal bersama anak lelakinya berusia 13 tahun sejak bercerai kira-kira lima tahun lalu.

Mangsa dikatakan seorang lelaki yang jujur dan tidak menipu pelanggan.


Gara-Gara Mee, Pelanggan Pancung Kepala Peniaga

Suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian namun tidak diketahui nasib suspek selepas itu.

Polis tempatan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar kematian mangsa yang tragik dan kejam di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori