Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Airlines Cadang Kekalkan...

SINGAPURA - Malaysia Airlines bercadang untuk mengekalkan enam pesawat superjumbo A380 bagi tempoh...

Manfaat Demokrasi Digital Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Konsep demokrasi digital atau kebebasan bersuara menggunakan saluran media sosial...

Kerajaan Nafi Harga LPG...

PETALING JAYA - Khabar angin yang mengatakan harga gas petroleum cecair (LPG) akan...

Rombongan Ke Kazakhstan Ditanggung...

TERPAMPANG di media-media arus perdana mahupun lidah pembangkang tentang perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri...

Medicare Sasar 400,000 Penjawat Awam Sertai CUEPACSCare

KLANG – Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) menyasarkan sejumlah 400,000 penjawat awam di seluruh negara menyertai polisi perlindungan takaful CUEPACSCare menjelang akhir 2019 berbanding 80,000 pemegang polisi pada tahun ini.

Pengarah Urusan Medicare, K. Palanisamy berkata, pihaknya positif sasaran itu mampu dicapai berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan penjawat awam bagi mendapatkan perlindungan kesihatan dan kemalangan tambahan untuk diri dan keluarga.

Jelas beliau, CUEPACSCare merupakan program kerjasama dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi memastikan setiap penjawat awam memiliki perlindungan takaful untuk waktu kecemasan untuk diri dan keluarga.

“Melalui kerjasama dengan CUEPACS, penjawat awam ditawarkan takaful penghospitalan dan pembedahan serendah RM32 melalui CUEPACSCare, manakala RM6 bagi takaful kemalangan diri CUEPACS PA yang memberi pampasan sehingga RM220,000.

“Sebagai Penjawat Awam mereka layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan tetapi ada kalanya terpaksa menunggu giliran agak lama. Di hospital swasta walaupun menyediakan rawatan pantas, kosnya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri.

“Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama Medicare memperkenalkan program CUEPACSCare pada tahun 1999 khas untuk penjawat awam sebagai alternatif mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu,” katanya ketika ditemui.


Dalam pada itu, Palanisamy berkata, CUEPACSCare dan CUEPACS PA telah memberi perlindungan kepada lebih 500,000 penjawat awam dan ahli keluarga dengan jumlah tuntutan melebihi RM300 juta sejak pengenalannya pada 1999.

Beliau berkata, Medicare dan CUEPACS akan terus berusaha dengan gigih bagi menawarkan lebih banyak produk inovatif dan relevan kepada penjawat awam sekaligus memberikan pengalaman positif kepada mereka dan ahli keluarga.

“Usaha kami bagi mempromosi serta menggalakkan sektor takaful akan menjadi antara agenda utama yang melambangkan nilai dan amalan syarikat untuk mentakafulkan seluruh penjawat awam di Malaysia.

“Penjawat awam yang mahu menyertai myCUEPACSCare boleh hadir terus di ibu pejabat Medicare di Klang atau layari laman web www.mycuepacscare.my untuk pertanyaan atau memohon taklimat di pejabat,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori