Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sensitiviti Islam: UMNO Minta...

OK LANAS: Datuk Seri Mohd Alwi Che Ahmad meminta DAP mengambil tindakan ke atas Ronnie Liu Tian Khiew susulan satu hantaran di laman sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Polis Buru Lelaki Menyamar...

BESUT - Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai kastam yang...

Kampus Induk Universiti P.Ramlee...

RASMI... Setelah lebih tiga tahun berteka-teki, akhirnya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)...

Ringgit Malaysia Jatuh Sejurus...

MERUDUM TERUK... Selepas Pakatan Harapan (PH) dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya...

Media Ejen ‘Semak Dan Imbang’ Dasar Kerajaan

SEREMBAN – Media berperanan sebagai ejen untuk membuat semakan dan imbangan termasuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai dasar-dasar kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Eddin Syazlee Shith berkata peranan media juga amat signifikan dalam memaklumkan masyarakat mengenai idea, hasrat dan usaha kerajaan dalam membangunkan negara untuk rakyat.

“Saya tidak melihat media sebagai satu benda yang membebankan melainkan berperanan untuk menyiarkan atau menyampaikan fungsi serta tanggungjawab yang akan dan telah dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama lebih 200 warga KKMM dan Media Negeri Sembilan 2018 Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah berkata cadangan untuk gabung Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) masih di peringkat kajian dan perincian mengenainya dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kedua-dua pihak telah membentangkan pendapat dan kajian mereka kepada kementerian.

“Yang perlu di peringkat sekarang ialah bagaimana usaha kerjasama boleh dilakukan,” katanya.


Sementara itu, bersempena dengan sambutan kemerdekaan pada bulan hadapan, beliau berharap agar agensi-agensi di bawah KKMM menambah usaha untuk menggalakkan generasi muda dan syarikat swasta bersama-sama memasang lebih banyak bendera bagi membuktikan dan menterjemahkan perasaan sayang kepada negara.

“Saya juga ingin menyeru agar jabatan dan agensi di bawah KKMM menjadi peneraju dalam mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis kerja masing-masing dan kenderaan.

“Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang politik, agama yang kita anuti, warna kulit, pangkat atau darjat,” katanya. – BERNAMA

Kategori