Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuota VTL Malaysia-Singapura Ditambah...

PUTRAJAYA – Kuota harian bagi penumpang dibawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL...

Annuar Musa Ketua Penerangan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan...

SPAD Cadang Gaji Pemandu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan supaya syarikat bas ekspres...

Dr. Teo Nafi Cadang...

MIRI - Catatan laman sosial Facebook yang mendakwa wakil rakyat Parlimen Miri, Dr....

MECD Sentiasa Bantu Usahawan Mikro & PKS

IPOH – Kementerian Pembangunan dan Usahawan (MeCD) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan pendapatan serta memasarkan produk mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, pelbagai produk pembiayaan dan perkhidmatan tabung disediakan oleh pelbagai agensi dan pihak swasta seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), SME Corporation Malaysia ( SME Corp) dan Bank Rakyat.

“Bantuan modal dari sekecil-kecil jumlahnya sehingga jutaan ringgit disediakan kepada usahawan bagi membantu memula atau mengembangkan perniagaan mereka,”

“Ini bermakna kita bukan sahaja membantu usahawan yang sudah berjaya tetapi kita juga membantu usahawan yang mahu membangunkan perniagaan dan industri di peringkat akar umbi seperti peniaga kecil, peniaga pasar malam dan industri kilang kecil,” katanya.

Mohd Hatta berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival Usahawan dan Hartanah Negeri Perak 2018 yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini malam ini.

Karnival yang berlangsung selama empat hari bermula sejak semalam anjuran MeCD dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri Perak menyediakan pelbagai pameran dan jualan yang disertai oleh pelbagai agensi dam syarikat swasta. – BERNAMA

Kategori