Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesawat EgyptAir Mendarat Cemas...

KAHERAH - Ancaman bom memaksa pesawat EgyptAir dalam penerbangan dari sini ke Beijing...

Wanita 100 Tahun Catat...

TOKYO – Seorang warga emas berusia 100 tahun menjadi wanita tertua pertama di...

Rafizi Ditahan Polis Kerana...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli,...

Dakwaan Rasuah: Baru Bian...

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Baru Bian, mahu siasatan rapi dilakukan segera...

McDonald’s Perkenal Menu Burger Nasi Lemak

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia memperkenalkan Burger Nasi Lemak McDonald’s sebagai salah satu menu pilihan untuk pengunjung premis restoran makanan segera popular tersebut bermula hari ini.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Nasi Lemak McDonald’s mengandungi kepingan ayam yang dimasak menggunakan santan, disalut emping jagung, ditambah sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili.

“Burger Nasi Lemak McDonald’s diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang dijual oleh pengusaha tempatan. Kami berbangga dapat memberi penghormatan atas sumbangan mereka yang menghidupkan legasi nasi lemak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Melati berkata, bagi memberi penghormatan kepada para penjual nasi lemak di seluruh negara, McDonald’s menjemput enam pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran Burger Nasi Lemak McDonald’s hari ini.

Mereka ialah, Nasi Lemak BK 4, Bandar Kinrara; Nasi Lemak Angah, Sentul; Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin; Warung Rindu Pak Ya Pantai Dalam; Nasi Lemak Mok Teh, Wangsa Maju dan Barba Bros, Bandar Utama Petaling Jaya.


Kata beliau, Burger Nasi Lemak McDonald’s boleh didapati dengan harga RM14.95 untuk ala carte dan RM16.95 untuk set regular termasuk kentang goreng dan air 100PLUS. – MYNEWSHUB.CC

Kategori