Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dengar Lagu Taylor...

SEORANG lelaki menjadikan penyanyi popular Taylor Swift sebagai inspirasi serta dorongan untuk dirinya...

Israel Lancar Serangan Udara...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas...

Jemaah Warga Emas Meninggal...

MAKKAH : Jemaah haji lelaki warga emas meninggal dunia di sini, pada 25...

Video: Ular Sawa Serang...

LAGI kes melibatkan ulat sawa muncul dari lubang tandas di Bangkok, Thailand menyerang...

McDonald Next Kini Di Hong Kong, Malaysia Bila Lagi?

MCDONALD, restoran yang menyajikan makanan ringan seperti burger, kentang dan beberapa makanan lain, tidak perlu diperkenalkan kerana jenama ini sudah terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Terkini, McDonald membuka sebuah cawangan baharu di  Stesen Admiralty, Hong Kong.

Menariknya, restoran baharu ini bukan restoran McDonald yang biasa kita lihat termasuk seperti yang ada di Malaysia ini tetapi menampilkan konsep berlainan sama sekali selain menggunakan nama baharu – McDonald Next.

McDonald Next di Hong Kong.
McDonald Next di Hong Kong.
Elemen warna yang lebih malap dan tidak menekan warna terang untuyk menghiasi sekitar ruang.
Elemen warna malap membuat ruang kelihatan elegan.

Menampilkan reka bentuk yang lebih elegan dan warna-warna malap, restoran ini berbeza dengan cawangan biasa yang sinonim dengan warna-warna terang sekaligus menawarkan suasana lebih eksklusif kepada pelanggan.

Beberapa menu baharu turut diperkenalkan. Pelanggan boleh memesan salad segar dari kaunter salad  selain sajian pelbagai pastri menarik seperti waffle.

Kaunter Salad yang merupakan satu pembaharuan yang dibawakan oleh McDonald Next.
Kaunter Salad antara pembaharuan yang dibawakan McDonald Next.

Lebih mengagumkan, restoran konsep ini turut memperkenalkan kemudahan Create Your Taste yang membolehkan pelanggan ‘mencipta’ makanan yang diingini mengikut selera masing-masing.

Konsep yang lebih minimalis dan elegan.
Konsep yang lebih minimalis dan elegan.
Kaunter Water Fountain memboelhkan pelanggan menikmati air secara percuma tanpa had.
Water Fountain membolehkan pelanggan menikmati air secara percuma tanpa had.
Pelanggan juga boleh mengecaj telefon bimbit mereka sambil makan.
Pelanggan juga boleh mengecaj telefon bimbit mereka sambil makan.

Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi menjamin keselesaan antaranya kaunter khas untuk mengecaj handphone, water fountain dan banyak lagi. Ini bukan setakat dapat mengenyangkan pelanggan, malahan, mereka akan berasa selesa dengan suasana yang jauh berbeza dengan McDonald sebelum ini.


Oleh yang demikian, harapnya restoran McDonald berkonsep baharu ini akan dibuka di Malaysia satu hari nanti. Restoran makanan segera yang turut popular kerana WiFi percuma ini sudah begitu sebati dengan kebanyakan kita dan pembaharuan baik begini pasti dinantikan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro UK

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Kke5iZerpOY]

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori