Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Lima Maut Ditembak Militan...

RIYADH - Seorang lelaki menembak mati lima orang di satu perhimpunan Syiah di...

Najib Hos Majlis Makan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menganjurkan majlis...

Sokong Keputusan Kabinet Hentikan...

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara...

Zeti Digesa Bersumpah Isu...

PENDEDAHAN eksklusif sebuah portal tempatan mengenai Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengetahui dana...

MCA, MIC Tak Mahu Hadir Mesyuarat Jika Ada Nazri

MCA dan MIC yang semalam menggesa Barisan Nasional bermesyuarat untuk membincangkan masa depan gabungan itu hari ini berkata mereka tidak akan hadir jika ia disertai Setiausaha Agung Nazri Aziz.

Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, SA Vigneswaran berkata kesahihan mesyuarat tersebut, yang dijadualkan Jumaat ini, akan dipertikaikan kerana pelantikan Nazri ke jawatan tersebut tidak ikut perlembagaan BN.

“Demi mengelakkan sebarang pertikaian dari segi undang-undang, MCA dan MIC hanya akan menghadiri mesyuarat dewan tertinggi BN yang sah,” katanya mereka dalam kenyataan bersama.

Wee dan Vigneswaran menjelaskan Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Nazri ke jawatan tersebut tanpa berbincang atau disetujui oleh dewan tertinggi BN, oleh itu tidak mengikut fasal 8.3(D) perlembagaan gabungan itu.

“Setiausaha agung hendaklah dilantik oleh pengerusi setelah berunding dengan dewan tertinggi,” katanya.

“Oleh yang demikian, kedua-dua parti telah menyampaikan pendirian yang jelas kepada urusetia BN bahawa Nazri tidak layak untuk menghadiri mesyuarat,” katanya.

Wee dan Vigneswaran semalam menggesa majlis tertinggi BN segera bermesyuarat untuk membincangkan perkembangan politik semasa dan memutuskan masa depan mereka susulan kenyataan Nazri.

MCA dan MIC mendakwa Nazri berkali-kali mengeluarkan kenyataan bernada perkauman yang mengguris hati penyokong, terutama kenyataan pada pilihan raya kecil Semenyih.


Wee dan Vigneswaran berkata MCA dan MIC bernekad satu gabungan politik baru dibentuk berlandaskan perjuangan asal BN, iaitu memupuk perpaduan politik dalam masyarakat majmuk.

Nazri dilapor mempersoalkan pelantikan orang-orang bukan Melayu ke jawatan penting seperti peguam negara, ketua hakim negara dan menteri kewangan, dan memberi amaran kepada kepada orang bukan Melayu untuk tidak persoalkan hak-hak orang Melayu.

Beliau bagaimanapun membidas laporan sekitar ucapannya, mengatakan ia digunakan untuk memberi gambaran yang salah, mengatakan dia hanya menceritakan sentimen di lapangan, dan meminta semua pihak menghormati hak-hak orang Melayu dan bukan Melayu.

Sementara itu, Nazri ketika ditemui pemberita tidak mahu mengulas kenyataan MCA dan MIC hari ini.

“Saya tidak tahu, saya baru habis mesyuarat,” katanya selepas mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Parlimen. – FMT

Kategori