Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembantu Gerai Nasi Lemak...

PETALING JAYA - Seorang pembantu gerai nasi lemak dihukum penjara 12 bulan oleh...

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat...

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam...

Tarikh Lihat Anak Bulan...

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban...

Penyewa PPR Diberi Tawaran...

KUALA LUMPUR - Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara akan diberi...

MCA Guna Logo Sendiri Tidak Luntur Semangat BN

TEGUH… Keputusan MCA menggunakan logo parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong tidak akan melunturkan keutuhan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya mengucapkan syabas kepada MCA kerana bertindak berani untuk menggunakan logo parti dalam PRK ini.

“Sebagai Pengerusi BN, saya yang memberi kebenaran sepenuhnya kepada permintaan MCA untuk menggunakan logo parti,” katanya ketika berucap selepas melawat Bilik Gerakan MCA PRK DUN Balakong, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr, Wee Ka Siong; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Setiausaha MIC Selangor, Datuk N. Rawisandran.

Terdahulu, Tiong Lai berkata, MCA yakin parti kompoen BN itu tetap akan mendapat undi daripada kaum Melayu dan India pada PRK DUN Balakong.

Ini berdasarkan kepada aktiviti serta penyaluran bantuan tanpa mengira kaum yang dilaksanakan selama ini.


Beliau juga berkata, MCA memperjuangan keharmonian kaum sejak ditubuhkan pada tahun 1949 dan bukan berasas kepada satu bangsa semata-mata.

“Kami adalah sebuah parti bebas dan boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda yang sama dalam memperjuangkan keharmonian kaum,” katanya kepada pemberita. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori