Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Terima Kasih Harimau Muda,...

MALAYSIA terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mendapatkan 'ibu emas' pada...

4 Lelaki Curi Kerbau...

BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki dipercayai anggota geng curi lembu dan kerbau berpura-pura...

Terminal Bersepadu Gombak, Sg....

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak...

Saharul Ridzwan Timang Anak...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Saharul Ridzwan yang telah pun selamat bergelar bapa kepada...

MBPP Tubuh J/K Khas Siasat Kes Tanah Runtuh

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, Jumaat lepas.

Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang berkata jawatankuasa yang diketuai oleh beliau sendiri itu turut dianggotai Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu, pasukan teknikal dan pihak profesional.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang turut menubuhkan jawatankuasa khas siasatan kes itu dan beberapa pihak termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta polis turut menjalankan siasatan.

Beri ruang untuk mereka siasat secara terperinci termasuk mengenal pasti sama ada wujud jenayah kecuaian dalam kes itu dan untuk makluman semua, kami MBPP turut melakukan siasatan sendiri dan saya berjanji akan memaklumkan kepada orang ramai selepas siasatan siap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menerima memorandum daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Penang Forum yang menggesa pihak MBPP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telus serta mendedahkan siasatan kejadian itu kepada orang ramai.

Terdahulu Penang Forum bersama beberapa NGO lain berkumpul secara aman di hadapan MBPP bagi menyatakan solidariti kepada mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus dan bantahan berhubung pembangunan di lereng bukit di Pulau Pinang yang dilihat sangat bahaya kerana telah mengorbankan banyak nyawa serta meminta pihak berkuasa menghentikan projek-projek berkenaan.


Sementara itu, Yew berkata jawatankuasa khas MBPP itu akan menyiasat punca kejadian dan mengenal pasti pihak yang perlu bertanggungjawab dalam tragedi itu .

Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus itu mengakibatkan sembilan pekerja asing maut manakala empat cedera. – BERNAMA

Kategori