Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Usah Mudah Percaya Isu...

PUTRAJAYA - Jangan mudah percaya isu membabitkan produk halal tersebar di media sosial...

Jupe Dakwa Menjadi Mangsa...

Tangerang, Indonesia - Disebabkan sering dilaporkan menghilangkan diri akibat dijangkiti pelbagai penyakit, kini...

Wajah Balu Nazrin Bersahaja...

SHAH ALAM - Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, balu kepada Ketua...

Pendapatan Eksport Sawit Cecah...

TELUK INTAN - Pendapatan daripada eskport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia...

MBI Diminta Segera Bersihkan Pasar Besar Ipoh

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta segera membersihkan kawasan Pasar Besar di sini yang didakwa telah lama tidak dicuci, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan.

Beliau berkata ia perlu dilaksanakan berikutan aduan beberapa peniaga di pasar terbabit yang merasakan tahap kebersihan tidak memuaskan sehingga mengundang kehadiran haiwan perosak seperti tikus.

“Saya telah mengadukan perkara ini kepada MBI dan MBI harus turun ke padang melihat masalah ini. Saya akan membuat rondaan sekali lagi minggu hadapan.

“Oleh kerana saya juga exco kesihatan jadi saya nak lihat pasar itu bersih, saya tidak mahu alasan tidak cukup tenaga kerja dan saya rasa pasar ini sudah lama tidak dicuci,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018 peringkat negeri di Pasar Besar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata harga barangan kawalan di Perak sempena sambutan Krismas esok setakat ini, adalah terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang.

Bekalan barangan termasuk barang basah mencukupi dan tidak meningkat, harga yang dijual adalah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) malah ada yang lebih murah seperti sayur-sayuran,” katanya.


Sivanesan berkata kesedaran masyarakat luar bandar di negeri ini tentang Tribunal Tuntutan Pengguna masih kurang malah kebanyakan aduan atau tuntutan hanya dilakukan oleh penduduk di dalam bandar.

“Pada tahun 2017, Tribunal Tuntutan Pengguna di negeri ini telah perdengarkan 255 kes tuntutan manakala tahun 2018, 232 kes tuntutan dan kesemuanya telah diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan kes yang diterima melibatkan pakej perkahwinan, perkhidmatan agensi pelancongan, pembelian kereta dan lain-lain.

Orang ramai perlu menggunakan kelebihan Tribunal Tuntutan Pengguna ini kerana ia amat memudahkan pengguna selain dapat menyelesaikan kes tuntutan di bawah RM25,000 serta aduan juga akan didengar dan boleh diselesaikan dalam tempoh 40 hari, katanya. – BERNAMA

Kategori