Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Memilih Parti Pembangkang Sia-Sia...

BEAUFORT - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat, khususnya di Sabah, supaya...

Insiden Low Yat: Ada...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr. Shaikh Hussein...

Lebih Banyak ‘Baby Hatch’...

KUALA LUMPUR: Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan...

Hormati Keputusan PRU14, Jangan...

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai untuk menerima dan menghormati keputusan Pilihan...

MB Perak Buat Penampilan Istimewa Menerusi Filem ‘Buntat’

IPOH – Kesibukan mentadbir negeri tidak menjadi penghalang kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk membuat penampilan istimewa dalam sebuah filem arahan pengarah popular tanah air, Sabri Yunus.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh menerusi akaun Facebook beliau memuat naik beberapa keping gambar Ahmad Faizal berada di lokasi pengambaran filem berjudul ‘Buntat’ di sekitar Perak.

Selain Sabri dan Ahmad Faizal yang mengenakan jubah putih serta berkopiah, turut berada di lokasi adalah pelakon serta pelawak terkenal, Imuda.

Menurut Mohd Hafez Mubin, filem itu mengisahkan seorang budak yang lari dari kampungnya untuk mengerjakan haji dengan menaiki kapal haji pada tahun 1968.


“Pelbagai kejadian telah terjadi padanya. Kesedihan, kegembiraan dan pengorbanan terpaksa dilaluinya.

“Saksikan filem yang penuh pengajaran dan tauladan, filem…Buntat! Nantikan tayangannya di pawagam berdekatan,” demikian menurut Mohd Hafez Mubin. – BERNAMA

Kategori