Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Rampas Komputer Riba,...

LUMUT - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan...

PAS-UMNO Boleh Menang Lebih...

SEREMBAN - Muafakat politik PAS dan UMNO dijangka boleh memberikan kemenangan kepada gabungan...

Kubur Besar: Mereka Yang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memandang...

Neymar Bukti Reputasi Benam...

PARIS - Penantian Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyaksikan aksi terbaik daripada bintang sensasi...

MB Minta Rakyat Terengganu Jangan Panik

KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri ini dinasihatkan tidak panik dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal hanya disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun kerajaan negeri memandang serius mengenai isu tersebut dan akan mengkaji serta meneliti maksud sebenar kenyataan Perdana Menteri.

Di samping itu, beliau juga akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pakar perlembagaan dan undang-undang mengenai perkara berkenaan.

“Saya belum membaca kenyataan itu, tentunya, kita akan mendapatkan makluman jelas tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan Perdana Menteri.

“Itu adalah interpretasi beliau dan kita akan teliti, namun peringatan saya kepada seluruh rakyat negeri Terengganu supaya jangan panik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Negeri sempena Konvoi Kembara Zakat 2019 Peringkat Kebangsaan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini malam tadi.


Semalam, Dr. Mahathir dalam laman blog beliau membangkitkan Undang-Undang Tubuh Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan dibentuk pada 1957.

Perdana Menteri menerusi catatan dalam chedet.cc turut menjelaskan secara ringkas mengenai pembentukan Perlembagaan tersebut serta kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Kategori