Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO : KJ Lancarkan...

TUMPAT - Deruman enjin motosikal bergema sekitar Pengkalan Kubor di Tumpat apabila Jentera...

Aksi Gedik: Mira Filzah...

PELAKO Mira Filzah, 23, berkata video-videonya menari sambil meniru gaya menyanyi lagu Hindustan...

Budak Lelaki 7 Tahun...

KUANTAN - Seorang budak lelaki ditemui mati lemas tengah hari tadi selepas dihanyutkan...

Lelaki Parah Ditetak Dengan...

PONTIAN : Polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak...

MB Johor Menghadap Sultan Ibrahim Hari Ini

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di sini pagi ini bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Kenderaan rasmi yang membawa Osman, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas tiba di pekarangan istana pada pukul 9.05 pagi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Osman yang berkuat kuasa 8 April.

Osman, 67, Menteri Besar Johor ke-16 dipercayai Menteri Besar paling singkat tempoh perkhidmatannya iaitu kurang daripada 11 bulan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei tahun lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Terdahulu, Osman yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menentukan siapa penggantinya. – K! ONLINE

Kategori