Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Hasil Jualan Aset GLiC...

KUALA LUMPUR - Hasil penjualan ekuiti syarikat-syarikat awam oleh syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan...

Betul Ke Beg Tangan...

SATU kajian terbaharu mendapati, beg tangan wanita mengandungi lebih daripada 10,000 jenis bakteria...

Anwar Jadi ‘Ketua Pengawas’...

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat akan menjadi sebagai...

Destinasi Baharu & Pelancaran...

BEIJING - Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi...

MB Johor ‘Kunci Mulut’ Isu Memorandum Bersatu

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengambil sikap kunci mulut berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar oleh 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Bersatu Johor di sini, hari ini, Sahruddin, yang juga Setiausaha Bersatu Johor sekadar menyatakan hanya maklum mengenai pertemuan itu, namun, enggan mengulas lanjut isi kandungan memorandum itu.

“Kandungan ada dalam itu,” katanya sebagai merujuk memorandum berkenaan.

Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Sahruddin telah maklum mengenai penyerahan satu memorandum daripada 23 ketua bahagian kepada Mahathir.

Bagaimanapun, beliau juga memilih untuk tidak bercakap lanjut mengenai isi kandungan memorandum ketika itu.


Namun begitu, ramai pihak percaya memorandum itu berhubung kait dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi parti negeri serta menyatakan sokongan kepada Sahruddin untuk memegang jawatan itu.

Kategori