Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Israel Serbu Perarakan...

BAITULMAQDIS : Polis Israel menyerbu perarakan yang disertai ribuan orang untuk pengebumian wartawan...

Tindakan MAS Pecat Pramugara...

Pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang menghadapi dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang...

Polis Bongkar Makmal Proses...

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sebuah makmal haram yang digunakan untuk...

Tunjuk Perasaan Di Hong...

HONG KONG - Penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong terus mencetuskan kekecohan termasuk...

MAZA Sindir Peguam Negara Tak Pandai BM

SINIS… Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sindir Peguam Negara, Tommy Thomas batal sidang medianya di lobi Mahkamah Kuala Lumpur gara-gara tidak pandai berbahasa Melayu.

Menerusi kenyataan menerusi akaun sosial Facebook rasmi tokoh agama tersebut, beliau yang mesra disapa sebagai Dr. MAZA membandingkan senario sama jika peguam negara di luar negara gagal bahasa kebangsaannya sendiri.

“Peguam Negara UK (United Kingdom) tidak dapat berbahasa Inggeris. Tentu pelik. Peguam Negara China tidak boleh berbahasa Cina. Pasti pelik. Begitu juga Peguam Negara Arab tidak boleh berbahasa Arab. Ternyata pelik.

“Peguam India tidak boleh berbahasa India (Hindi). Jelas pelik. Peguam Negara Malaysia tidak dapat berbahasa rasmi Negara Malaysia. Memanglah pelik,” tulis Mohd. Asri dalam catatan terbaharunya itu secara sinis semalam.

Beliau dipercayai merujuk tindakan Tommy terpaksa membatalkan sidang media selepas berlaku provokasi oleh penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memaksa beliau bercakap dalam Bahasa Melayu.

Baca: Peguam Negara Cakap Inggeris! Apakah Ini?

Umum maklum, Tommy yang dilantik dalam keadaan kontroversi bulan lalu; untuk menggantikan Tan Sri Apandi Ali, memang tidak fasih bertutur Bahasa Melayu dan sering mengadakan sidang media dalam Bahasa Inggeris.


Lebih 100 penyokong Najib turut bersorak ‘bahasa Melayu!’ ketika Tommy sedang memberi kenyataan kepada beberapa wartawan dalam bahasa Inggeris sekali memaksa beliau cari tempat lain untuk sidang media tersebut.

Malah netizen turut tular apabila media melaporkan Peguam Negara itu gagal jawab soalan mudah pemberita dalam bahasa Melayu dan sebelum itu di kamar hakim meminta pertuduhan terhadap Najib dibaca dalam bahasa Inggeris.

Ini cetus bahan jenaka dalam kalangan pengguna media sosial kerana kerajaan baharu Malaysia secara terburu-buru buat julung kalinya lantik individu yang tidak mahir bahasa kebangsaan bagi jawatan penting itu. – Mynewshub.TV

Kategori