Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Zizie Terima RM2.2 Juta...

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa isteri Bung Moktar Radin, Zizie...

Menteri Tinjau ‘Kereta Terbang’...

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau super...

Pekerja Kilang Ini Ada...

JEROME Billingham hanyalah seorang pekerja kilang di Britain dan sebelum itu pernah mempunyai...

Gadis Melayu Bertudung Kongsi...

INILAH contoh sebenar yang boleh dikatakan pada akhlak remaja-remaja Muslim di negara ini.Apabila...

Mayat Wanita Reput Dijumpai Di Inanam

KOTA KINABALU – Mayat seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an, ditemui dalam keadaan reput di kawasan hutan belukar di Kampung Tamalang Silau, Inanam, petang semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata mayat itu ditemui kira-kira 5.40 petang dan ketika dijumpai mangsa berpakaian ‘track suit’ hitam bertulis ‘SMK Kamabong’ serta kemeja-T hitam dan muka (wajahnya) ditutup dengan jaket warna biru muda.

“Keadaan mayat sukar dikenal pasti kerana mayat telah reput. Tempat kejadian dalam hutan belukar dan kedudukan mayat di kawasan berair,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Habibi sehingga kini maklumat wanita itu belum diperoleh kerana semasa dijumpai tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Mayat kini berada di Hospital Queen Elizabeth 1.


Justeru, katanya pihaknya memohon bantuan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau majikan yang kehilangan pekerja agar menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di talian 088-221191 atau Ketua Polis Balai Inanam S/Insp. Mahmud Hasan di 019-8300011. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori