Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perlawanan Kelantan Menentang Lions...

KOTA BHARU - Perlawanan Liga Super antara Kelantan menentang Lions XII di Stadium...

Jangkitan H1N1 Di Malaysia...

JASIN - Jangkitan H1N1 di negara ini masih terkawal dan Kementerian Kesihatan tidak...

Alpaka Tersesat Masuk Dalam...

BRITTANY – Beberapa pekerja kedai cermin mata di Brittany terperanjat apabila menerima pelanggan...

Tawaran Hasnal Rezua Untuk...

KUANG – Masalah penduduk di Bandar Tasik Puteri (Tasik Puteri) yang lebih kompleks...

Mayat Wanita Dibunuh Kekasih Sukar Dikenal Pasti

JOHOR BAHRU – Proses pengecaman mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam kotak di tepi jalan Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Setia Indah, di sini, dua hari lepas, sukar dilaksanakan kerana keadaan dan pakaian mangsa sudah mereput.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata namun begitu, polis sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat wanita dipercayai dibunuh kekasihnya itu bagi mengesahkan mangsa adalah ‘Orang Yang Dilaporkan Hilang’ (OH) pada Jumaat lepas.

“Buat masa ini, pihak polis menggunakan keterangan suspek yang mengesahkan si mati adalah OH sehingga keputusan DNA diperoleh secepat mungkin,” kata Shahurinain menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang ditahan berhubung kes itu kini direman seminggu mulai semalam hingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, wanita berumur 33 tahun itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Sri Putri, Skudai, di sini, pada 28 Mei lepas, namun kemudian gagal dihubungi oleh pihak keluarganya, keesokannya.


Keluarganya kemudian membuat satu laporan polis pada Jumaat yang akhirnya membawa kepada penahanan dua lelaki berumur 30-an dengan seorang daripadanya merupakan kekasih wanita tersebut yang dipercayai membunuh mangsa antara 29 Mei hingga 4 Jun lepas akibat cemburu.

Kategori