Mayat Tanpa Identiti Rentung Di Tempat Duduk Belakang

MIRI – Pasukan Bomba dan Penyelamat menemui satu mayat rentung ketika menjalankan operasi pemadaman sebuah kereta terbakar di Lot 6267, Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.52 pagi itu, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dengan lapan anggota selepas menerima laporan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, apabila tiba di tempat kejadian pasukannya mendapati sebuah kereta jenis Kia Optima terbakar secara keseluruhannya.

Mayat Tanpa Identiti Rentung Di Tempat Duduk Belakang Kereta Terbakar

Mayat Tanpa Identiti Rentung Di Tempat Duduk Belakang Kereta Terbakar

“Api berjaya dikawal dalam tempoh tujuh minit dan pemeriksaan mendapati ada rangka rentung di tempat duduk belakang pemandu.

“Rangka berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat Tanpa Identiti Rentung Di Tempat Duduk Belakang Kereta Terbakar

Identiti mayat rentung berkenaan masih belum dikenal pasti dan sudah dihantar ke rumah mayat Hospital Miri, Sarawak untuk dianalisa. – MYNEWSHUB.CC

Video sekadar hiasan