Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Program Myberas Beri Manfaat...

KUALA LUMPUR - Program MyBeras yang bakal dilaksanakan bermula Mac depan akan memberi...

Tun M: Siapa Penyangak?

TUN M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan...

Umie Aida Bela Ular...

DEMI menjayakan wataknya dalam filem Dukun, Datin Seri Umie Aida sanggup 'berkawan' dengan...

Kesal Dakwaan DoJ Gagal...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) berpandangan dakwaan pertama Jabatan Keadilan (DoJ)...

Mayat Nora Anne Selamat Disemadikan Di Belfast

BELFAST – Remaja kurang upaya, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemukan mati di Malaysia disemadikan hari ini di tempat kelahiran ibunya di Belfast.

Mayat remaja itu ditemui 13 Ogos lalu berhampiran air terjun, kira-kira 3.2km dari tempat penginapan keluarganya ketika bercuti di Seremban, Negeri Sembilan.

Nora meninggal dunia akibat tekanan dan kebuluran selepas hilang dalam hutan selama 10 hari.

Mayatnya disemadikan hari ini dalam upacara penuh emosi di Gereja St Brigid di Belfast.

Menerusi laporan Daily Mail, ibunya, Meabh Quoirin, turut membacakan sajak yang menyentuh hati sebagai memperingati anak perempuannya itu.

Nora Anne ditemukan mati di Seremban pada 13 Ogos lalu selepas 10 hari hilang.

Nora Anne berada pada malam pertama ‘lawatan seumur hidup’ dengan keluarganya termasuk dua adiknya, Innes, 12 dan Maurice, 8, apabila dia hilang.


Dia dipercayai meninggalkan bilik yang dihuni bersama dua adiknya di pusat peranginan terbabit dan merayau di dalam hutan.

Usaha mencari dilancarkan dan mayatnya ditemui dalam keadaan bogel oleh sepasukan sukarelawan, 10 hari selepas dia hilang.

Sebelum itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, keputusan pemeriksaan selepas bedah itu memperkuat kepercayaannya bahawa Nora Anne tidak diculik sebaliknya meninggal dunia akibat kelaparan setelah tersesat.

Sementara itu, Peguam keluarga itu, Charles Morel berkata, dia percaya ‘penglibatan jenayah’ tidak dapat diabaikan dan ia sangat mustahil Nora hilang secara sukarela. – Agensi

Kategori