Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pergelangan Kaki Belakang Bangkai...

KINABATANGAN - Kedua-dua pergelangan kaki belakang bangkai gajah pygmy, yang ditemuI terapung di...

Gambar Telur Dapat ‘Like’...

REKOD yang dipegang selebriti sensasi, Kylie Jenner sebagai pemilik foto yang mempunyai tanda...

Jamal Sedia Bantu Zamani...

JIKA menyentuh tentang raja pop Malaysia Datuk Jamal Abdillah, pasti ramai masih ingat bahawa...

Bayi Lima Bulan Terperangkap...

Kuala Lumpur : Seorang bayi perempuan berusia lima bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan...

Mayat Mangsa Kebakaran Tidak Dikebumi Dalam Masa Terdekat

IPOH – Mayat kesemua mangsa yang maut dalam kebakaran di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini semalam dijangka tidak dapat dikebumikan dalam masa terdekat memandangkan masih ada prosedur yang perlu dipatuhi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan berkata, antaranya ialah proses pengecaman mayat termasuk melalui rekod pergigian.

“Setakat ini tiga mangsa sudah selesai dibedah siasat manakala tiga lagi akan dibedah siasat secepat mungkin dan selepas selesai (bedah siasat) kesemua mangsa akan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Dipercayai mereka yang maut ialah P. Thiagarajun, 40 yang dipercayai pemilik premis dan lima pekerja sambilan iaitu Mohd Nor Aiman Abdul Rahman, 16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzudin Mohd Kamari, 16; Ahmad Faizal Amiruddin, 16 serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19 tahun.

Sivanesan berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri masih berusaha mengenal pasti punca kebakaran seunit rumah kedai dua tingkat itu yang berlaku kira-kira 1.54 tengah hari semalam. – BERNAMA

Kategori