Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

48 Maut, 67 Cedera...

KABUL - Serangan pengebom nekad di Kabul, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang,...

Singapura Naik GST, Malu...

SINGAPURA baru sahaja mengumumkan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7...

Helen Mening Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Wanita Parti Progresif Penduduk (PPP) Helen Mening Sagang...

Rosmah Hadir Ke Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi di sini,...

Mayat Lelaki Tidak Dikenali Ditemukan Hampir Reput Dalam Semak

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring dan busuk serta hampir reput di kawasan semak belakang sebuah kilang di Juru, Bukit Tengah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mayat tanpa sebarang identiti itu ditemukan oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Sepasukan polis yang ke lokasi kejadian mendapati kawasan penemuan mayat adalah tempat pelihara lembu dan ketika ditemukan mayat itu lengkap berpakaian serta memakai ‘boot’ berwarna hitam.

“Tiada sebarang kenderaan dijumpai ditempat kejadian dan polis hanya menemui satu topi keledar warna hitam kira-kira 40 meter dari mayat lelaki berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya lelaki itu meninggal dunia sejak empat atau lima hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang ditemukan berulat serta hampir reput, dan menurutnya pemeriksaan awal oleh pasukan forensik tidak menemui sebarang kesan jenayah pada luaran mayat.


Nik Ros Azhan seterusnya ​​​​​​​meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan boleh hadir ke bilik mayat Hospital Seberang Jaya untuk membuat pengecaman, dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat itu boleh menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori