Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Lelaki Suruh ‘Awek’...

LAWAK gila!Video seorang lelaki cuba menenangkan awek-nya sebelum mencuba permainan ekstrem dipanggil G-Max namun berakhir dengan...

PBB, OIC Digesa Hantar...

ALOR SETAR - Persatuan Rohingya Cawangan Kedah mendesak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan...

Fafau Tak Kisah Tak...

ACARA berprestij Anugerah Berita Harian Bintang Popular ke 29 (ABPBH29) yang akan berlangsung...

Tokoh Politik India Akhirnya...

SEORANG tokoh politik terkenal di India, kini berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas...

Mayat Lelaki Jatuh Feri Ditemui

SEBERANG PERAI – Mayat lelaki yang terjatuh dari sebuah feri yang dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke George Town semalam ditemui di perairan berdekatan Persiaran Gurney, George Town dekat sini sebentar tadi.

Mayat Tham Kok Keong, 47, ditemui kira-kira pukul 10.40 pagi oleh nelayan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan negeri ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi berkenaan dimulakan pukul 8 pagi tadi selepas dihentikan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

“Mayat ditemui dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 4.8 kilometer dari lokasi mangsa terjun semalam.

“Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di atas feri itu, identiti mangsa disahkan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh diri,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan jatuh ke dalam laut kira-kira pukul 6.15 petang semalam selepas seorang saksi yang berada di atas sebuah feri lain yang berselisih mendakwa melihat mangsa terjun. 

Kategori