Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Loji Proses Ayam Di...

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan semua loji memproses ayam di Thailand...

JICA Kaji Sisa Makanan...

KUALA LUMPUR - Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) kini menjalankan kajian kemungkinan untuk...

Kerajaan Usaha Wujud Lembaga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang berusaha menubuhkan Lembaga Penilai Harta Intelek bagi mengeluarkan...

2 Pekerja Ladang Cedera...

KINABATANGAN - Dua lelaki pekerja ladang cedera selepas diserang rakan sekerja yang mengamuk...

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Masjid

MELAKA – Kariah Masjid Asy Syakirin, Pasir Puteh di sini gempar apabila menemui mayat seorang bayi lelaki bersama sekeping nota di masjid berkenaan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, bayi malang terbabit ditemui berbalut dengan kain batik dan masih bertali pusat, selain mempunyai kesan darah di hidung oleh kariah yang ingin menunaikan solat Subuh.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam yang menghubungi Balai Polis Malim pada pukul 6.45 pagi.

“Berdasarkan nota yang ditulis atas kertas putih, bayi malang itu dipercayai berusia tiga hari dan dilahirkan pada Sabtu lalu.

“Bagaimanapun, bayi itu dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh dua jam sebelum ia ditemui berdasarkan kepada keadaan mayat yang masih baharu dan belum mengeras,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Menurut Afzanizar, selain pendarahan pada hidung, terdapat kesan lebam kehitaman di muka dan bahagian badan bayi itu.

Tambah beliau, siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian dan ibu bayi berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – K! ONLINE

Kategori