Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6 Bulan Simpan Rahsia,...

SELEPAS lama simpan rahsia tentang misinya untuk ukir nama di persada filem antarabangsa,...

Jangan Abaikan Maklumat CIA...

ADA satu persamaan antara kes letupan di Orlando dan serangan bom di Puchong: Penyerang...

Dia Jurulatih Terbaik Pernah...

KUALA LUMPUR - Ketegasan dalam menyemai rasa cinta terhadap sukan bola sepak merupakan...

43 Warga China Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 43 warga China ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan...

Mayat 3 Pendaki Terkenal Ditemui Di Pergunungan Kanada

MONTREAL – Mayat tiga pendaki profesional terkenal dunia, dua warga Austria dan seorang Amerika Syarikat (AS), ditemui semalam selepas mereka hilang ketika runtuhan salji di puncak gunung di barat Kanada, kata agensi taman negara.

Warga AS, Jess Roskelley, 36, serta dua rakyat Austria, Hansjorg Auer, 35, dan David Lama, 28, hilang lewat Selasa lalu di Taman Negara Banff. Pihak berkuasa melancarkan pencarian udara pada hari berikutnya.

Tiga lelaki terbabit cuba mendaki bahagian timur Howse Pass, laluan sukar dan terpencil.

Mereka adalah sebahagian pasukan atlet berpengalaman ditaja jenama peralatan luar AS, The North Face.

“Taman Negara Kanada mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan orang tersayang mangsa.

“Kami mengakui impak kejadian ini kepada komuniti pendaki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Doa kami bersama keluarga dan rakan serta semua yang terjejas dengan insiden tragik ini,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.


Roskelley adalah anak lelaki John Roskelley, yang turut dianggap pendaki terbaik generasinya. Bapa dan anak lelaki itu pernah mendaki Gunung Everest bersama pada 2003, ketika itu Roskelley baharu berusia 20-an dan menjadi pendaki termuda mendaki puncak tertinggi dunia.

Auer dan Lama, dari Tyrol, Austria, juga dianggap pendaki terbaik sepanjang masa. – Agensi

Kategori