Maureen Pemenang Asia’s Next Top Model Musim Ke-5

FINALIS Filipina, Maureen Wroblewitz memenangi program realiti pencari model Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim kelima yang disiarkan di saluran Astro Star World, semalam.

Maureen, 18, peserta termuda musim ini merupakan model pertama dari Filipina yang berjaya menggenggam gelaran juara program tersebut yang mula bersiaran sejak lima tahun lalu.

Tempat kedua dimenangi model dari Malaysia, Shikin Gomez dan ketiga menjadi milik peserta Vietnam, Minh Tu.

Maureen Pemenang Asia's Next Top Model Musim Ke-5
Shikin Gomez
Maureen Pemenang Asia's Next Top Model Musim Ke-5
Minh Tu

AsNTM dihoskan oleh Cindy Bishop dan diadili jurugambar profesional, Yu Tsai dan model mentor, Cara Mcilroy. – MYNEWSHUB.CC