Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Suami Isteri,...

KUANTAN — Polis Pahang berjaya menumpaskan cubaan pengedaran dadah terbesar di negeri ini...

Perjalanan Malaysia Dalam Sampul...

KUALA LUMPUR - Menyoroti setiap peristiwa menarik dan bersejarah yang dilalui negara menerusi...

Isu Anwar: KJ Balas...

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kritikan...

Gerakan Persoal Keperluan Tubuh...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang hari mempersoalkan keperluan kerajaan negeri pimpinan DAP...

Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin

SEORANG lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring di kawasan kaki lima di hadapan sebuah kedai di Blok C, Alamanda, Cheras awal pagi tadi selepas dipercayai menumbuk cermin sebuah kedai komputer.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun ditemui dengan kesan cedera di tangan kanan kira-kira jam 6.45 pagi.

Menurutnya, beberapa saksi melihat mangsa dalam keadaan terbaring, muntah dan berada dalam keadaan tidak stabil dipercayai mabuk di bahagian lobi kondominium tersebut.

“Keterangan daripada saksi mendapati mangsa menumbuk cermin kedai tersebut dengan tangan sehingga pecah sebelum terjatuh ke lantai.

Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin

“Mangsa dipercayai merangkak sehingga di depan Kedai Serbaneka yang jarakknya l/kurang 60 kaki dan terus tidak bergerak lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mangsa yang dipercayai mabuk dilaporkan bertengkar dengan dua rakannya termasuk seorang wanita semasa melalui tempat kejadian.


Lelaki itu yang ditinggalkan rakannya kemudian dipercayai mengamuk dan menumbuk cermin kedai komputer hingga menyebabkan kecederaan serius pada tangannya.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia PPUKM, Cheras.

Setakat ini, kes berkenaan disiasat mengikut kematian mengejut (SDR). – MYNEWSHUB.CC

Kategori