Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Ismail Petra Dekat...

KOTA BHARU - Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan ke-28...

Awas! Niena Baharun Beri...

PELAKON Niena Baharun memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjwab menyalahgunakan gambar atau...

Kerajaan Umum SOP, Garis...

KUALA LUMPUR : Kerajaan hari ini mengumumkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dan...

3 Lelaki Ditembak Mati...

TAWAU – Tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati polis di kawasan ladang di...

Mati, Hidup, Mati Semula Lepas Dipatuk Ular

NEW DELHI – Seorang lelaki yang disangka sudah mati akibat dipatuk ular mengejutkan orang ramai apabila ‘terjaga’ ketika hampir dibakar pada majlis pengebumiannya sebelum sekali lagi meninggal dunia selepas dibawa menemui dukun.

Lelaki dikenali sebagai Sandeep, 23, dipatuk ketika keluar mencari kayu di hutan berhampiran kampungnya di Madhya Pradesh.

Dia dibawa kepada seorang pengamal perubatan tradisional Tantric untuk dirawat, namun pengsan menyebabkan keluarganya percaya dia sudah meninggal dunia.

Ahli keluarganya kemudian membuat persiapan membakar mayatnya, namun sebaik api dinyalakan Sandeep mengerang menyebabkan orang ramai menyedari dia sebenarnya masih hidup.

Keluarganya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya membawanya semula menemui pengamal Tantric sama.


Malangnya, nyawanya tidak dapat diselamatkan dan dia diisytiharkan mati untuk kali kedua.

Kematiannya itu disahkan di hospital daerah berhampiran yang turut mengarahkan bedah siasat dilakukan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori