Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kencing Gadis Ini Jadi...

BEIJING - Beriadah memang menjadi kunci untuk menjaga kesegaran tubuh, namun, jika tidak...

Mayat 2 Remaja Lemas...

KUANTAN - Mayat dua remaja yang dikhuatiri lemas semasa berkelah di Air Terjun...

Tiada Rancangan Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar Cukai Barang dan...

How to Make a...

Here are a number of outstanding essay topics that children may discover straightforward...

Bacaan Jaundis Bayi Ini Cecah 1,032.. Badan, Mata Tukar Kuning

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. itulah nasib yang menimpa adik Muhammad Ajmal Nawfal Mohd Rizal, 12 bulan yang disahkan menghidap  penyakit kegagalan fungsi hati (Biliary Atresia) tahap kronik.

Lebih memeritkan, bayi ini memerlukan pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

12346406_10153771256502748_7784780525286844779_n

Kisah bayi malang ini menjadi viral di laman sosial sejak tiga minggu lalu berikutan usaha bagi mendapatkan sumbangan untuknya.

Menurut ibunya Sayunawati Yahya, 34, dia mula mengesan sesuatu tidak kena terhadap kesihatan anaknya ketika tempoh pantang apabila bibir anaknya pucat.

Risau dengan hal itu, Sayunawati kemudian pergi mendapatkan rawatan sebelum doktor mengesahkan anaknya menghidap masalah kegagalan fungsi hati.

“Muhammad Ajmal Nawfal dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan buang saluran dan hempedu tersumbat serta membuat pintasan dari hati ke usus besar menggunakan usus kecil.

“Malangnya, selepas tiga bulan pembedahan itu bacaan jaundis (kuning) pada anak meningkat mencecah 400.


“Keadaan anak semakin teruk dan bacaan jaundis terkininya mencecah 1,032, seluruh tubuh badan, mata dan air matanya berwarna kuning,” ujarnya.

Tambah ibu tiga anak ini, doktor turut menyarankan anaknya menjalani pemindahan hati namun kos rawatan itu tertalu tinggi mencecah RM250,000.

Bayi ini kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank, 556235308636 (Sayunawati) dan CIMB 7016156556 (Mohd Rizal) atau hubungi 012 962 0719 (Sayunawati). – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=B5RGsYMDou8]

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori