Mat Sabu Jamin Beri Kerjasama SPRM Siasat Pegawainya

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memaklumkan beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam…

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memaklumkan beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes pegawai politiknya didakwa menerima RM800,000 daripada beberapa pihak.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (PAN) berkata, beliau bersedia memberikan komitmen kepada pihak SPRM kerana beliau mendakwa baginya tiada kompromi dalam soal integriti.

“Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan hari ini.

Terdahulu, Mohamad yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap sesiapa sahaja di Kementerian Pertahanan mahupun di pejabatnya.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan agensi anti rasuah itu sedang menyiasat seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan.

`Orang kuat’ Mat Sabu itu didakwa menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutangnya supaya dikeluarkan daripada status muflis.

Bayaran hutang itu didakwa dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Insolvensi oleh beberapa pihak selepas beberapa hari Mat Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan. – Mynewshub.tv

Loading...