Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Strategi Kurangkan Kebergantungan Makanan...

Kerajaan sedang merangka strategi baru untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan mentah import,...

Cuaca Panas: Kerajaan Bersedia...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas melanda negara ini.Ikuti...

Adnan Zaylani Dilantik Penolong...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid...

3 Negeri, 5 Daerah...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah,...

Mat Sabu Disakat Gara-Gara ‘Barua’ Anwar

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat pembangkang hari ini mengusik Mohamad Sabu di Dewan Rakyat susulan ucapan “barua” yang didakwa disebut Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) bangkit mencelah meminta menteri pertahanan membuat penjelasan maksud sebenar yang ingin disampaikan Anwar, sama ada “barua” atau “maruah” ketika sidang media Pakatan Harapan semalam, memandangkan Mohamad dikatakan saksi di tempat kejadian.

“Maruah ke barua. Sebab Abang Mat (Mohamad) saksi,” kata Ismail.

Mohamad kemudian secara berkias dalam respons beliau meminta semua pihak belajar menyebut perkataan dengan betul.

“Jangan kacau orang nak jawab.

“(ATM ada kelas belajar Al-Quran) supaya sebut betul, kalau maruah sebut maruah,” kata Mohamad yang disambut gelak ketawa wakil rakyat yang hadir.

Beliau kemudian meminta wakil rakyat tidak mengganggunya berucap semasa menjawab pertanyaan Ahmad Fadli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai fungsi sebenar Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).


Kini tular video di media sosial menunjukkan Anwar berkata “biar dia (Dr. Mahathir Mohamad), (sejak) kongres “barua” ni semangat dia lain macam”.

Namun, tidak dapat dipastikan sebutan Anwar tersebut adalah benar-benar “barua” atau “maruah”.

Setiausaha politik kepada perdana menteri, Mohd Zahid Md Arip dalam ulasannya bersangka baik dan menganggap Anwar menyebut perkataan “barua” tanpa sengaja.

Anwar bagaimanapun menafikan beliau menyebut perkataan “barua” dan memberi amaran kepada lawannya supaya tidak memfitnahnya.

“Itu semua politik bangang,” katanya di lobi Parlimen hari ini. – FMT

Kategori