Mat Maslan Kena Terima Teguran Rakan

Assalamualaikum wbt.

Saya memerhati sidang parlimen hari ini untuk melihat proses pengundian untuk melantik Timbalan Speaker.

Dengar kata Pembangkang mencalonkan Nga Kor Ming dan UMNO menamakan DS Ahmad Maslan (SUA UMNO) sebagai calon dari pihak kerajaan.

Tetapi setelah bertanya rakan-rakan lain, saya mendapat tahu bahawa pengundian ditangguh kerana pencalonan Mat Maslan tidak akan mendapat sokongan sesetengah ahli parlimen dari PPBM.

Saya tak pasti kesahihan berita ini tetapi penangguhan pengundian tersebut pasti bersebab.

Inilah yang dinamakan “KARMA” kepada Mat Maslan. Sebelum ini beliau yang beria menolak orang itu dan tak sokong orang ini.

Dulu beliau yang beria bercakap dengan lantang menarik sokongan kepada TSMY tetapi tetap menyokong kerajaan PN dan selepas itu beliau tarik pula sokongan kepada kerajaan PN.

Hari ini bila beliau memerlukan sokongan semua pihak dalam kerajaan maka beliau akan merasa bagaimana perlunya sokongan dan dokongan dari rakan yang pernah beliau herdik dan caci dengan pelbagai tuduhan yang berada dalam satu bumbung kerajaan.

Ini juga politik. Peringatan jangan berlebih dan jangan angkuh sesama melayu islam. Satu hari pasti kita akan memerlukan bantuan dari rakan sesama melayu. Berpadalah jika mahu berpolitik.

Tengok apa yang berlaku kepada Mat Maslan. Beliau amat teruja dengan jawatan Timbalan Speaker tetapi tidak mendapat sokongan dari orang yang pernah beliau tarik sokongan sebelum ini.

Ini merupakan satu bala buat kerajaan yang ada hari ini disebabkan tangan-tangan 15 pemuja Anwar melalui Presiden mereka.

Kita faham bukan semua UMNO yang berpewatakan seperti geng 15 tetapi nama UMNO terpalit bila Mat Maslan mewakili UMNO untuk calon Timbalan Speaker.

Pesanan saya ialah berpada-pada lah berpolitik. Kita tak tahu bila kita perlukan sokongan rakan kita. Jika kita tegar melakukan sedemikian kepada sahabat kita maka Allah akan balas “Cash” tanpa tertunda.

Ini mungkin boleh dipanggil kifarah kepada “DOSA” Mat Maslan dan “Geng 15” yang pernah menumbangkan kerajaan Melayu Islam sebelum ini dan hampir memperjudikan nasib rakyat ke tangan Pembangkang dan PH.

Saya bukan penyokong PPBM tetapi saya kecewa dengan mereka yang melakukan sesuatu yang akan menjahanamkan UMNO.

Maulana
Pondok Ubudiyah