Maszlee Tidak Pernah Cadang Tukar SBK Jadi SK

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan laporan bahawa Menterinya Dr Maszlee Malik mencadangkan sekolah bantuan kerajaan (SBK) yang tidak dapat…

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan laporan bahawa Menterinya Dr Maszlee Malik mencadangkan sekolah bantuan kerajaan (SBK) yang tidak dapat menampung kos operasi penyelenggaraan dan pembangunan insfrastruktur supaya menukar status kepada sekolah kebangsaan.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata Maszlee sebaliknya mencadangkan SBK terbabit ditukar menjadi sekolah kerajaan agar segala perbelanjaan mengurus dan pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sehubungan itu, Maszlee tidak menyebut atau mengesyorkan agar SBK ditukar menjadi sekolah kebangsaan,” katanya.

KPM berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian dan peruntukan yang sewajarnya kepada semua jenis sekolah termasuk SBK.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Tamil menyiarkan laporan mengenai kenyataan Maszlee semasa menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, bertajuk “Tukar menjadi sekolah kebangsaan”.

KPM berkata laporan itu memberi gambaran sekolah-olah kementerian menyarankan agar semua SBK ditukar kepada sekolah kebangsaan. – BERNAMA

Loading...