Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LTTE: 8 Lelaki Termasuk...

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan lapan...

PKP: Kerajaan Akui Silap...

Dari Facebook Najib RazakTEMPOH bagi PKP 3.0 ini mungkin akan jauh lagi panjang...

Zahid Gagal Dapat Kembali...

KUALA LUMPUR – Cubaan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Penjelajah Gua Terperangkap Lebih...

MERSIN: Pasukan penyelamat bersiap siaga untuk membawa keluar seorang penjelajah gua warga Amerika...

Maszlee Serah Kepada KDN Siasat Komik Propaganda

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menyerahkan siasatan isu penerbitan dan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)’ kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, Dr. Maszlee Malik menegaskan, beliau tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa pihaknya tidak terlibat dalam pengedaran komik tersebut di beberapa sekolah.

“Saya sudah keluarkan kenyataan, tapi kita sudah serahkan kepada KDN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Sekolahku Universitiku di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Kurator Muzium Kebudayaan komik Asa, Hew Kuan Yau ada melawat timbalannya, Teo Nie Chin di kementerian untuk menyampaikan komik propaganda itu pada 12 September lalu.


Menurut Lokman, komik propaganda itu didakwa mula diedar kepada semua sekolah menengah pada awal bulan Oktober.

Lokman turut melahirkan rasa hairan apabila pertemuan itu tidak diketahui Maszlee hingga membolehkan Kuan Yau memperolehi alanat untuk 2,500 sekolah menegah terbabit.

Lokman turut memuat naik sekeping gambar pertemuan di antara Nie Ching dengan Kuan Yau di dalam akaun Telegramnya, semalam. – MalaysiaGazette

Kategori