Maszlee Nafi Kadar Makanan Sehari SBP Dikurangkan

KLUANG – Dakwaan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) dikurangkan adalah tidak benar.

Menafikan perkara tersebut, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, kadar makanan sehari di SBP masih kekal.

“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan keluarkan kenyataan petang ini menafikan dakwaan atau fitnah tersebut.

“(Dan) saya berharap supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan ‘homework’ sebelum keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ziarah Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Jalil, dekat sini hari ini.

Maszlee secara sinis turut ‘mempelawa’ bekas Perdana Menteri itu untuk menggunakan masa yang terluang kini dengan mengajar murid-murid terutama di kawasan pedalaman. – BERNAMA

Loading...