Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Jadi Bodoh...

BUAT julung kali dalam sejarah tanah air, tentera siber propembangkang 'senyap' melaporkan berita...

Ketua Cawangan Khas Dilantik...

KUALA LUMPUR - Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador...

Bantuan RM100 Kepada Pelajar...

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi bantuan awal persekolahan sejumlah RM100 kepada setiap murid Tahun...

Beri Peluang Kepada Najib...

KUALA KRAI - Semua ahli UMNO diminta memberi peluang kepada Datuk Seri Najib...

Maszlee Dakwa Belum Terima Laporan Penuh Jawatankuasa UEC

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan penuh dari Jawatankuasa Khas Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC) berhubung peperiksaan itu yang sepatutnya diserahkan akhir bulan lalu.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, berkata pasukan itu sudah selesai mengadakan pertemuan dengan semua pemegang taruh dan kini sedang memuktamadkan laporan mengenai UEC.

UEC adalah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan pihak Jawatankuasa Khas UEC dan mereka melakukan yang terbaik untuk memuktamadkan laporan itu.

“Kajian mengenai UEC memerlukan pihak jawatankuasa bertemu dengan ramai pemegang taruh dan mereka pula memiliki tenaga kerja yang terhad, namun mereka tetap berikan yang terbaik.

“Buat masa ini, saya masih menunggu mereka (muktamad laporan),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.


Awal bulan lalu, Pengerusi Jawatan Kuasa Khas UEC, Eddin Khoo dilaporkan memohon lanjutan tarikh untuk menyerahkan laporan akhir kajian itu yang sepatutnya diserahkan pada 30 September lalu.

Eddin dilaporkan berharap dapat menyerahkan laporan mengenai UEC itu pada hujung Oktober.

Penubuhan Jawatan Kuasa Khas itu susulan mesyuarat Kabinet pada 29 Ogos tahun lalu dan anggotanya dilantik pada 29 Oktober tahun sama, bagi mengkaji dan mencadangkan hala tuju serta dasar berhubung UEC untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut. – FMT

Kategori